Monday, 10 August 2015

Sains : Haba

Suhu : 

1. Ukuran darjah kepanasan sesuatu Bahan.
2. Unit piawai bagi suhu dalam sistem metrik ialah 
darjah Celcius 

atau dalam unit darjah Fahrenheit
3. Termometer ialat alat yang digunakan untuk mengukur suhu.
pada termometer terdapat jalur perak seperti pada rajah di bawah

apabila termometer menyukat bahan yang panas :
a. jalur perak menjadi panjang.
b. termometer menunjukkan bacaan suhu yang tinggi.

apabila termometer menyukat bahan yang sejuk :
a. jalur perak menjadi panjang.
b. termometer menunjukkan bacaan suhu yang tinggi.



MENERIMA & KEHILANGAN HABA

Aminah memegang air kopi yang panas :

Pemerhatian : Tangan Aminah berasa panas.
Inferens(sebab) : kerana menerima haba daripada air panas.
kesimpulan : sesuatu bahan menjadi panas apabila menerima haba.


Abu memegang cawan berisi ais :

pemerhatian : Tangan abu menjadi sejuk
inferens (sebab) : kerana kehilangan haba.
kesimpulan : sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.

PENGEMBANGAN & PENGECUTAN


a. Bahan akan mengembang apabila menerima haba.

Contohnya : Belon akan mengembang apabila diletakkan dalam bekas berisi air panas.

b. Bahan akan mengecut apabila kehilangan haba

Contohnya : Belon mengecut apabila diletakkan di dalam bekas berisi ais.

BERIKUT ADALAH VIDEO BAGAIMANA PENGEMBANGAN & PENGECUTAN MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


- Selamat Belajar -

No comments:

Post a Comment